Rahsia Mudah Hafaz Al Quran
Tentu ramai yang ingin tahu
Teknik Termudah FAHAMI Al-Quran
Dan HAFAZ Surah idaman Anda
Tentu ramai yang ingin tahu teknik termudah untuk FAHAMI 'big picture' Al-Quran & HAFAZ surah idaman SEKALIGUS - tak kira sesibuk manapun anda, 'start' menghafaz
seperti 'pro' sekarang!"
(Rebut peluang keemasan untuk kuasai 'fakta penting' Al-Quran dan ketahui teknik hafazan paling praktikal melalui gabungan
layari sekarang http://www.kaedahjibril.com/index.php?ref=bakalhaji
Friday, November 19, 2010
Wednesday, November 17, 2010
Teknologi terkini bantu tunaikan rukun haji

MINA 17 Nov. - Kewujudan teknologi bukan sahaja banyak membantu kehidupan harian manusia, malah ia turut memudahkan kita melaksanakan tuntutan agama seperti ibadah haji.
Sebelum ini, mereka yang mahu mengerjakan ibadah haji akan menyalin segala ayat serta pesanan dari guru agama dan mufti di dalam buku nota kerana takut terlupa potongan ayat al-Quran yang penting yang perlu dibaca ketika mengerjakan ibadah berkenaan.
Kini, amalan itu tidak lagi dilakukan oleh kebanyakan jemaah yang mengerjakan haji tahun ini, kerana kebanyakan mereka kini hanya membawa iPad masing-masing sebagai rujukan sepanjang mengerjakan ibadah berkenaan.
"Sepuluh tahun lalu, ketika bapa saya mengerjakan haji, dia akan membawa baju, makanan serta buku panduan haji dan catatan nota yang sangat banyak.
"Saya masih ingat apabila dia membawa beberapa buah buku panduan dan nota fotostat hingga membebankan dirinya sendiri," kata seorang jemaah dari Jordan, Mohammed Ibrahim.
Dengan iPad, ia mempunyai satu aplikasi yang memberi panduan haji lengkap bagi memudahkan rujukan kepada setiap jemaah yang mengerjakan ibadah berkenaan.
Selain itu, telefon pintar seperti BlackBerry dan iPhone juga memberi peluang kepada jemaah haji mengambil gambar di dalam Masjidil Haram bagi merakamkan kenangan manis mereka di sini.
"Saya telah mengambil beratus-ratus keping gambar di Mekah, Madinah dan Arafah.
"Tetapi bapa saya tidak ada sekeping gambar pun untuk dikongsi bersama kami ketika dia mengerjakan haji sepuluh tahun lalu," kata Mohammed lagi. - AGENSI

Sunday, November 14, 2010
IKHLAS BERIBADAH, SEGALANYA JADI MUDAH
KAABAH: Setiap jemaah berpeluang dan dengan cukup selesa bersolat betul-betul di depan Kaabah beberapa zaman yang lampau, walaupun ruang solat ketika itu belum ada jubin marmar dan belum dibentangkan permaidani seperti sekarang.
Mudah cetak
E-mel
14 Nov 2010
ISTIMEWA
IKHLAS BERIBADAH, SEGALANYA JADI MUDAH
Jemaah yang suci hatinya dapat bantuan dan sambutan sepanjang berada di Tanah Suci
BANYAK kejadian aneh, pelik serta ganjil berlaku di Tanah Suci Makkah dan Madinah dalam setiap musim haji atau umrah. Ada kejadian yang sengaja Allah timpakan kepada tetamu pilihan-Nya itu sebagai kifarat kepada dosa-dosa yang telah mereka lakukan.
Ada kejadian yang bermaksud sebagai ujian daripada Allah swt bagi menguji kekuatan iman dan taqwa seseorang hamba-Nya itu sebelum Allah kurniakan sebarang keampunan atau sebelum Allah anugerahkannya tingkatan martabat dan darjat yang tinggi dan mulia di sisi-Nya.
Tidak kurang juga kejadian-kejadian pelik dan ganjil yang berlaku disebabkan oleh kelancangan, keceluparan atau kemeluluan tutur kata, tingkah laku serta tindak-tanduk para bakal haji itu sendiri disebabkan oleh misi serta visi hajinya yang samar dan kusam, cetek dan dangkal pengetahuannya, longlai dan londeh penghayatannya atau disebabkan juga oleh gara-gara nafsu mamurnah mereka yang masili liar dan tidak dibendung atau dikawal itu.
Berikut adalah kisah seorang jemaah haji yang dimudahkan perjalanan hajinya dan diistimewakan di kalangan jemaah-jemaah haji yang lain di Tanah Suci hanya kerana keikhlasannya mengerjakan ibadah terhadap sang Khalik.
Ceritanya benar-benar berlaku, cuma nama orang itu telah diubah kepada 'Zakaria', 65 tahun, dan isterinya, 63 tahun, pula kepada 'Salmah'.
Mereka adalah pasangan Islam yang menjaga kewajipan solat fardu dan kewajipan-kewajipan asas lain dengan baik. Namun, mereka tidaklah tinggi ilmu agamanya. Pasangan tersebut bukan juga orang senang. Wang yang mereka perolehi sentiasa digunakan untuk keperluan hidup harian. Walaupun sesekali timbul juga keinginan untuk menunaikan fardu haji, tetapi mereka tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan ke sana.
Ketika rakan sekerjanya, Haji Hamdan, menyuruhnya menunaikan rukun Islam kelima, Encik Zakaria hanya tersenyum.
Pertama, beliau berasa ibadahnya belum sebaik mana lagi, jauh sekali dibandingkan dengan Haji Hamdan. Kedua, masalah kewangannya sentiasa menjadi batu penghalang.
'Engkau masih tak cukup duit, ya Zek?' Tanya Haji Hamdan.
'Biasalah Ji. Aku bukan orang senang.' Balas Encik Zakaria.
'Nah! Baca ini...' Tingkah Haji Hamdan sambil menghulurkan sehelai kertas bertulis bahasa Arab.
SELAWAT NABI
Melihat Encik Zakaria tersipu-sipu, Haji Hamdan menulis ayat-ayat tersebut dalam tulisan rumi. Barulah kawannya itu mengerti bahawa yang tercatat pada kertas tersebut adalah selawat Nabi.
'Betulkah ini, Ji?'
'Engkau baca dan amalkanlah dulu!' Haji Hamdan membalas ringkas.
Semenjak saat itu, Encik Zakaria sentiasa membaca selawat Nabi setiap kali selesai bersolat fardu. Berkat nasihat kawannya itu juga, beliau mula mengamalkan solat malam (tahajud).
Menurut Haji Hamdan, di keheningan malamlah doa seorang hamba yang ikhlas akan dimakbulkan oleh Al-Khaliq. Dengan penuh kesabaran, Encik Zakaria mendirikan solat malam dan memohon agar Allah swt mempermudahkan jalan baginya untuk menunaikan ibadah haji.
DOA TERKABUL AKHIRNYA
Alhamdulillah, dua tahun kemudian, doa Encik Zakaria termakbul. Malah dengan wang simpanan yang cukup, beliau berupaya membawa sama isterinya, Cik Salmah, menunaikan fardu haji di Makkah. Disebabkan mereka mengerjakan Haji Tamattuk, pasangan suami isteri ini pergi ke Madinah terlebih dahulu sebelum memasuki Makkah.
Di Madinah, Encik Zakaria didatangi oleh seorang lelaki Arab berumur antara 30 hingga 35 tahun dan amat fasih bertutur bahasa Melayu. Lelaki itu mengaku sengaja mencari Encik Zakaria kerana disuruh oleh seseorang yang bernama Haji Ali.
'Boleh ana tahu, siapa yang bernama Haji Zakaria dari ...?' tanya lelaki tersebut.
'Haji? Aku 'kan baru sampai ke Madinah, siapa lelaki ini yang memanggil aku Haji? Ah, tak mengapalah, mudah-mudahan Allah menerima ibadah haji saya.' Fikir Encik Zakaria.
'Sayalah Zakaria. Maaf, awak ni siapa?'
'Ana Umar, ana disuruh Haji Ali membawa tuan haji dengan keretanya, ke mana sahaja tuan haji mahu pergi, sepanjang masa tuan haji di Tanah Suci ini,' jelas Umar kepada Encik Zakaria.
Perasaan gembira dan tidak sedap hati bercampur-baur dalam hati Encik Zakaria. Gembira kerana beliau diberi kemudahan yang sebegitu rupa sepanjang mengerjakan haji di Makkah. Tidak sedap hati kerana beliau tidak mengenali siapakah Haji Ali yang begitu bermurah hati meminjamkan kenderaan kepadanya. Mungkinkah Umar tersilap orang?
Di samping itu, jika benar beliau orangnya, beliau tidak tergamak meninggalkan rombongannya yang lain demi kepentingan dirinya dan isteri. Apabila beliau menyuarakan kegusaran hatinya kepada lelaki tersebut, Umar tersenyum dan menjawab:
'Tidak, saya tidak tersilap orang. Haji Ali memberikan saya senarai tetamu Allah dalam kumpulan jemaah tuan haji, dan tuan haji adalah orang yang saya cari. Bagi rombongan tuan, Haji Ali telah menyediakan sebuah bas mini untuk kegunaan mereka jika tuan risaukan mereka.'
BANTUAN SEPANJANG MASA Subhanallah! Encik Zakaria begitu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada 'Haji Ali' dan Umar di atas bantuan sepanjang masa beliau dan rombongannya berada di Makkah.
Setiap hari Umar menunggunya menunaikan ibadah dengan sabar. Umar tidak akan berganjak selagi Encik Zakaria tidak menyuruhnya pergi. Soal minyak benzin dan bayaran tidak pernah timbul. Semuanya di atas tanggungan dan arahan Haji Ali. Encik Zakaria dan isterinya dilayan sebagai tetamu terhormat.
'Ya Allah, Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selama di tanah air, aku tidak pernah meminjamkan kepada sesiapa kenderaan aku, apa lagi berpuluh-puluh hari. Sedangkan di Makkah, aku diberi pinjam kereta dan pemandunya sekali selama 42 hari oleh seseorang yang tidak aku kenali dan tidak pernah berjumpa pun, malah ditanggung petrolnya pula!' Encik Zakaria memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa.
Sepanjang masa menunaikan haji di Tanah Suci, Encik Zakaria banyak diberi kemudahan oleh Allah swt. Sewaktu melakukan tawaf, melontar di ketiga-tiga jamrah, mencium Hajar al-Aswad, dan mendirikan solat sunat di Masjid Nabawi, adalah sebahagian daripada perjalanan ibadah haji di mana ketabahan, kekuatan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan.
Di situ, umat manusia berjuta-juta orang, umpama semut yang berkerumun. Setiap masa manusia berasak-asak sehingga ada yang terjatuh, terseret, malah terpijak dengan tidak sengaja.
Bagaimanapun, Encik Zakaria diberi laluan yang senang dicelah-celah kepadatan lautan manusia tersebut.
Didorongi keinginan mencium Batu Hitam (Hajar al-Aswad) yang suci itu, Encik Zakaria berdoa (dalam bahasa Melayu) kepada Allah kerana beliau yakin Allah pemilik semua bahasa di dunia ini.
'Ya Allah, aku ingin mengucup Hajar al-Aswad. Berikanlah jalan kemudahan kepadaku...' Doanya sambil menadah tangan, tanpa selawat, tanpa talbiah. Tidak lebih dan tidak kurang.
Sungguh luar biasa, setiap kali hujung jari Encik Zakaria menyentuh tubuh orang yang berada di hadapannya, mereka memberi laluan kepadanya untuk mencelah masuk.
MUDAH KUCUP HAJAR AL-ASWAD
Saat itu, beliau merasakan beliau diberi kekuatan pada kedua-dua tangannya untuk membuka kerumunan manusia sehingga tidak lama kemudian, beliau sudah berada di hadapan Hajar al-Aswad. Encik Zakaria mencium dan mengucup Batu Hitam itu sambil mengagungkan nama Allah. Air matanya mencurah keluar kerana terlalu gembira dan bersyukur di atas rahmat Allah kepadanya.
Sewaktu melakukan lontaran jamrah, jemaah-jemaah lain seolah-olah memberikan ruang kepada Encik Zakaria untuk melontarkan batu dan lontarannya pula tepat mengenai sasaran. Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semua perkara dan kejadian berada dalam ketentuan-Nya.
Encik Zakaria juga mendapat layanan yang baik dari semua orang yang ditemuinya sepanjang berada di Tanah Suci.
Beliau disambut dengan hormat, termasuklah para pemilik kedai. Seringkali dia dapat membeli barangan dengan separuh harga daripada para pedagang di sana yang terkenal sukar ditawar harga barangan mereka.
Sesungguhnya hati Encik Zakaria yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah telah mendapat ganjaran besar dari Maha Pencipta terhadap hamba-Nya. -- Oleh SUE.

Thursday, November 4, 2010
Bisness baru affiliate anda
Bisness baru affiliate anda
http://biggestlibrary.com/index.php?ref=marhaban
Anda tahu tak bahawa rakan saya Joe telah melancarkan
produk terkini beliau yang dinamakan "Biggest Library"?
DAN ia adalah antara laman yang memiliki koleksi produk MRR,
PLR & RR terbesar di internet! Jika betul tekaan saya, anda akan
menemui lebih 3,000 produk baru, terkini dan berkualiti di
dalamnya.
Saya hanya menggunakan satu sahaja daripada produk yang ada
di sana untuk memecah masuk ke dalam salah sebuah 'niche
baru yang hot ini'.
DAN saya yakin boleh menghasilkan sekurang-kurangnya $500
sebulan melaluinya (kerana tak ramai buat duit dalam niche ini
sekarang).
Saya hanya perlu bilas dan mengulanginya 10 kali lagi untuk
memiliki $500 ini. Ia semudah itu. Saya tak boleh memberitahu
secara spesifik niche apa saya sasarkan itu (nanti ada pula yang
kacau jalan sebelum sempat saya memulakan apa-apa), tapi
ringkasnya ia adalah produk jenis hobi.
Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang Biggest Library, anda
boleh klik pada link di bawah. Ia sangat murah ... dan saya yakin
anda boleh menjual sebilangan produk daripadanya juga.

--
Regards,
barsir Sadikin

Saturday, October 16, 2010
Tuesday, October 12, 2010
belajar bisnes IT sampai pandai
Hanya di sini satu2nya peluang mendapat khidmat seorang
mentor yang sanggup mengajar dari meja ke meja.
http://www.bestwebskill.com/index.php?ref=marhaban

Subscribe to:
Posts (Atom)